"Pelaku itu memang pandai. Mereka tahu bagaimana menggunakan pengubah suara. Daripada rakaman ini semata-mata, sukar untuk kita mentafsirkan siapa yang membuat panggilan ini." Lu Che menerangkan. Dia sudah melihat perkara seperti ini beberapa kali sebelum ini. Apa-apa pun, industri ini sememangnya negatif. "Ia kelihatan seperti seseorang yang berpengalaman."
"Hubungi sumber media itu dan arahkan mereka untuk telefon kembali pemanggil itu. Apabila mereka berjaya mendapatkan pelaku itu untuk menjawab panggilan, minta pelaku itu ulang apa yang mereka cakap tadi. Hati-hati. Jangan sampai pelaku itu dapat menangkap apa yang kita cuba lakukan. Semasa panggilan itu dibuat, perhatikan sekeliling dan tengok sesiapa dari Tianyi yang sedang bercakap di telefon. Ikut mereka senyap-senyap dan dapatkan bukti." Mo Ting meletakkan telefonnya ke tepi. Matanya kelihatan penuh dengan ketegangan.