"Kenapa? Bukan ke dia cakap dia boleh jamin kehamilan cukup bulan?" Tangning tiba-tiba panik. "Bukan ke saya tak apa-apa? Kenapa kena pra-matang?"
"Tekanan darah tinggi masa hamil bukan penyakit yang boleh dirawat. Ia mungkin bawa maut. Saya tak nak ambil risiko." Mo Ting membalas. "Sebab itu saya setuju nak awalkan proses bersalin kamu."
Tangning terkaku, tidak mampu menerima berita itu.
"Apa akibat kelahiran pra-matang?"
"Kedua-dua ibu dan anak akan selamat. Tapi, anak mungkin akan alami sedikit kesan negatif."
Mo Ting membalas dengan jujur.
Selepas Tangning mendengar hal ini, dia menggelengkan kepalanya. "Saya boleh bertahan. Kita tak perlu awalkan. Saya tak boleh kawal keadaan anak itu bila dia dah lahir. Tapi, buat masa sekarang, masa dia masih dalam perut saya, saya akan buat apa yang saya mampu untuk beri dia kehidupan terbaik. Saya tak nak dia merana sebab saya pentingkan diri."
"Tapi, itu cuma kemungkinan…"