Selain daripada abangnya, Xia Hanmo tidak mempunyai saudara lain. Oleh itu, pengebumiannya agak ringkas.
Pada hari pengebumiannya, hujan turun renyai. Tangning dan orang Superstar Media tiba dengan pakaian hitam, memegang payung hitam. Ditambah lagi dengan peminat, kehadiran agak meriah.
Peminat Xia Hanmo menangis teruk sambil memegang buku yang ditulis mendiang serta poster filem yang dibintanginya. Semua ini akan ke kubur bersamanya.
Tangning memberitahu Xia Hanmo yang Presiden Fan diseksa di penjara dan dia akan menguruskan abang Xia Hanmo bagi pihaknya, berharap gadis itu boleh berehat dengan tenang.
Seketika kemudian, Long Jie tiba-tiba bersandar pada lengan Tangnin dan bertanya, "Tengok lelaki yang menyorok belakang pokok itu. Zhou Qing ke itu?"
Tetapi, Tangning langsung tidak teringin mahu memandangnya. Dia hanya bertanya dengan tenang, "Dia belum mati lagi?"
"Patut ke saya cari seseorang untuk…"