Mo Yurou kekal tersorok sehingga sekarang manakala Li Yu masih menyorok di luar negara. Tiada sesiapa tahu di mana mereka berada. Tetapi, ini tidak bermakna yang Tangning tidak dapat melakukan apa-apa kepada mereka.
Dia belum menyingkirkan gelaran pelawat ranjang itu daripada dirinya.
"Tangning, semua majalah dan perwakilan pentas peragaan sudah menghubungi kamu lagi. Apa yang kamu fikirkan tentang ini?" Long Jie bertanya sambil menyemak emel Tangning.
"Balas kepada mereka yang saya memerlukan sedikit masa dan tidak akan mengambil sebarang tawaran. Mo Ting kata Syarikat Hiburan Cheng Tian akan mengadakan uji bakat pada beberapa hari akan datang. Jadi, saya perlu mempersiapkan diri saya. Lagi pun, saya ada beberapa perkara yang perlu difikirkan." Tangning membalas selepas membelek emel-emel tersebut.