Chapter 970 - Betapa Hebatnya

"Atuk nak cakap saya tak boleh balas dendam?" Presiden Fan bertanya dengan tidak gembira. "Itu tak adil langsung!"

Nasib baik, Lin Qian sudah menuju ke dalam gaung dan Tangning tidak mungkin menemuinya dalam masa terdekat. Ini satu-satunya perkara yang memujuk Presiden Fan.

Namun, dia tidak tahu Lin Qian sudah kembali ke kampung itu sendiri.

Selepas kembali ke kampung, perkara pertama yang didengari Lin Qian adalah Lu Che mencarinya ke sana sini. Dia tahu dia sudah berbuat salah pada Tangning, tetapi dia tidak mahu berkongsi kesedihannya.

Namun, Lu Che segera menerima berita yang Lin Qian sudah kembali ke hostel. Sebaik sahaja dia ternampak Lin Qian semula, dia akhirnya bertenang.

"Kamu tahu tak kamu dah buat kami tercari-cari? Sebab kamu, Puan dan Presiden Fan selangkah saja nak halakan pistol pada satu sama lain."

"Jadi, dua beradik yang ekori saya tu dihantar Presiden Fan?" Lin Qian akhirnya faham kenapa dia diumpan masuk ke dalam gaung.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag