"Keputusan di tangan kamu… saya akan beri kamu dua jam untuk fikirkannya."
Selepas bercakap, Presiden Fan ketawa dan meletakkan telefonnya. Kerana, mengugut Tangning sahaja sudah menjadi satu kejayaan untuknya.
Tetapi, Tangning tidak bertindak seperti yang dijangkakan. Lebih merisaukan sesuatu keadaan itu, lebih hebat dia menyembunyikan fikirannya dan lebih tenang keadaannya. Jadi, tidak mungkin dia akan menerima cadangan Presiden Fan. Malah, dia akan membuat Presiden Fan membayar harga yang berat.
Selepas bercakap dengan Presiden Fan, Tangning segera menelefon Mo Ting dan memberitahunya tentang situasi sekarang serta tekanan Presiden Fan.
Mo Ting terdiam. Selepas duduk diam di pejabatnya buat seketika, dia bertanya dengan tidak pasti, "Kamu tak akan pergi, kan?"
"Mestilah saya akan pergi, tapi saya akan buat persiapan teliti." Tangning membalas. "Abang akan tolong saya, kan?"