Sudah lama sejak Tangning muncul di temu bual kerana sebab peribadi. Selain daripada membuat kemunculan kerana artisnya, dia turut menghilangkan diri daripada Anugerah Fei Tian. Jadi, kenapa dia menerima temu bual selepas kejadian Qiao Sen?
Adakah dia sudah dikejutkan realiti dan sedar dia perlu memberi penjelasan?
Program itu memulakan promosi bagai nak rak kerana mereka tahu kemunculan Tangning membawa maksud kadar tontonan akan mencanak naik. Namun, Mo Ting sengaja menghalang Tangning daripada tahu mengenai program itu. Jadi, dia masih belum sedar.
Di mata semua orang, Tangning dilahirkan sebagai pemberontak. Dia tidak pernah melakukan apa-apa menurut kehendak penonton dan selalu membuat mereka marah.
Kenapa dia selalu bertindak lain dengan apa yang dijangkakan?
Tidak lama kemudian, jam 7 malam. Seperti biasa, Tangning memberikan susu kepada anak-anak dan memujuk mereka tidur. Namun, si budak bertuah itu, Mo Zichen, enggan melelapkan matanya.