Tangning dan Qiao Sen kawan baik. Apabila dia memikirkan lelaki yang mencintai filem sains fiksyen lebih daripada dirinya dan bagaimana dia tidak akan lagi muncul di hadapannya, Tangning tidak dapat mengelak daripada menangis.
Anak Qiao Sen terpengaruh dengan emosi Tangning dan mula menangis juga. Ketika Mo Ting tiba di hospital pun, Tangning masih menangis.
Sebaik sahaja dia melihat wanitanya dibasahi air mata, hati Mo Ting remuk. Dia segera berjalan ke arahnya dan mencempung Tangning.
Qiao Sen pergi terlalu tiba-tiba. Tiada sesiapa menjangkakannya. Bahagian paling penting filem itu masih perlu dirakam sebelum mereka masuk ke pasca-produksi, tetapi Qiao Sen sudah tiada.
"Tangning, kamu mengandung. Jangan biarkan diri kamu sedih sangat. Sekarang, saya cuma harap nak tengok 'Permaisuri Semut' di skrin besar. Itu saguhati terbaik untuk ayah saya."