Kemudian, Feng Jing mengaturkan untuk bertemu Lin Qian buat kali kedua.
Kali ini, dia mahu memberitahu Lin Qian tentang ayahnya.
Lin Qian mahu tahu permainan apa yang cuba dimainkan perempuan itu. Jadi, dia sekali lagi hadir ke pertemuan itu. Tetapi, kali ini, Feng Jing tidak menjemput Lin Qian sahaja. Dia juga menjemput Luo Yinghong.
Sebaik sahaja Lin Qian ternampak dua orang wanita itu duduk di dalam bilik VIP, dia mahu berpusing dan beredar. Tetapi, Feng Jing sudah ternampaknya. Jadi, wanita itu segera memanggil namanya dan menghalangnya. "Qian Qian, kamu nak ke mana?"
Lin Qian tidak menjangkakan hal ini. Dia tidak sangka Feng Jing begitu kejam.
"Feng Jing, bukan ke kamu terlalu mesra panggil nama pengurus saya?" Luo Yinghong bertanya.