"Qian Qian…"
"Saya tak akan bersimpati dengan mereka yang pernah sakitkan saya. Lagipun, Xia Hanmo tak layak diberi simpati. Dia pilih jalan dia sendiri. Jadi, dia patut terima akibatnya sendiri. Tak ada kaitan dengan orang lain."
Selepas mendengar respons Lin Qian, Li Jin berasa lega. Dia bimbang jika gadis itu kasihankan Xia Hanmo.
Tetapi, dia salah. Qian Qiannya bukan orang yang lemah. Jadi, Li Jin bertenang. "Mari pesan makanan…"
Lin Qian menganggukkan kepalanya dan segera fokus pada menu di tangannya.
...
Selepas meninggalkan hotel, Xia Hanmo memandu ke rumah Zhou Qing. Malangnya, apabila dia tiba, dia mendapati kuncinya tidak lagi boleh digunakan. Zhou Qing sudah menggantikan mangga itu.
Sementara itu, semua barang miliknya sudah dibuang bersama sampah dan berada bersama selonggok sampah berhampiran blok pangsapuri itu. Lelaki ini sangat tidak berhati perut…