"Saya percaya Tangning akan aturkan jalan baru untuk saya, sebab dia memang hebat begitu." Xia Hanmo langsung tidak ragu-ragu dengan hal ini. "Tambahan pula, saya buat begini demi keadilan."
Melihatkan keyakinan di wajahnya, Zhou Qing ketawa. "Memandangkan kita berdua menganggur sekarang, boleh saya jemput Cik Xia untuk keluar makan santai?"
Xia Hanmo menganggukkan kepalanya dengan selamba.
Mereka berdua memilih restoran yang agak tersembunyi untuk keluar makan. Tetapi… sebaik sahaja Xia Hanmo duduk, seorang kanak-kanak berusia dua tahun terjatuh ke dalam air terjun berdekatan. Walaupun airnya cetek, anak itu mula menangis.
Xia Hanmo melihat Zhou Qing bergegas ke sana dan mendukung anak itu. Ketika ini, seorang wanita kaya tergesa-gesa berlari ke arahnya dengan panik.
"Anak, kamu okey?"
Zhou Qing mencerlung marah pada wanita itu. "Anak kamu masih kecil. Saya cadangkan kamu tak lepaskan dia daripada pandangan kamu."