Selain daripada berlakon, Mo Ting masih perlu membelek dokumen dalam bilik bacaan sehingga lewat malam. Walaupun dia sudah mengagihkan banyak tanggungjawabnya kepada semua orang dalam syarikat, dia masih perlu mengawal sesetengah benda. Jika tidak, pemegang saham Hai Rui tidak akan gembira.
Cate tidak dapat mencari peluang untuk merapati Mo Ting atau apa-apa pun. Tetapi, dia teringat ada babak di atas katil di dalam skrip.
Jadi, dia cuma boleh menunggu hari itu tiba.
...
Tidak lama kemudian, kejadian Keluarga Quan didedahkan kepada orang ramai. Kenyataan yang Quan Ziye sudah lari daripada pertunangannya sendiri menyebabkan saham Syarikat Quan segera merudum. Kini reputasi mereka musnah, ia akan mengambil sedikit masa untuk pulih.
Sementara itu, hal mengenai Zhou Qing juga mencetuskan kekecohan. Kebelakangan ini, Beijing terlalu bising dengan 'episod' drama baru setiap hari.