Selepas mendengar kata-kata Li Jin, Lin Qian cuba melawan, tetapi Li Jin memegang tangannya. "Saya tak akan buat apa-apa pada kamu. Saya bersumpah dengan pangkat tentera saya."
Sebab kenapa Lin Qian melawan ialah kerana dia sudah banyak kali terluka dahulu.
Tetapi, selepas mendengar kata-kata Li Jin, dia akhirnya bertenang.
"Kita belum di tahap ini lagi…"
"Belum lagi. Tapi, memandangkan mereka dah masuk ke kawasan saya, ini tanggungjawab saya untuk kawal keadaan ini." Selepas menuturkan kata-kata ini, Li Jin akhirnya melonggarkan genggamannya dan terus memandu ke hadapan.
Lin Qian memalingkan kepalanya dan memandang sekilas pada profil sisi Li Jin. Lelaki gagah dan tinggi ini seorang yang berpegang kepada kebenaran. Kerana dia berada dalam tentera, memegang janji merupakan satu tugas nalurinya.
Lin Qian akhirnya sedar keadaannya tidak boleh menjadi lebih teuk.