"Bukankah ini cara murahan?"
Semua orang dalam industri itu sudah mengetahui mengenai Mo Yurou yang telah menggoda bos di Tianyi. Tetapi, siapa sangka yang dia cukup berani untuk bertanding mendapatkan anugerah semasa hamil.
"Anugerah itu terbang keluar terus daripada tangannya. Kasihan betul. Tetapi, itu apa yang dia layak terima. Orang sepertinya patut diberikan pengajaran dan merasakan bagaimana jatuh sehingga mati!"
"Ini disiarkan secara langsung. Bukan aib yang biasa-biasa."
Bisikan peribadi di bawah pentas itu merupakan satu perbezaan yang sangat ketara dengan suasana di atas pentas. Mo Yurou membeliakkan matanya dan mencerlung pada Tangning. Anak matanya dipenuhi dengan kebencian membunuh.
Dia sedar. Hanya ada seorang individu yang begitu bencikannya dan mahu menjatuhkannya seperti ini, iaitu Tangning!
Tangning pasti sudah tahu mengenai kehamilannya. Dia sudah menyembunyikan pengetahuannya sambil merancang perangkap yang sempurna.