Chapter 856 - Kamu Keajaiban Itu

"Nampaknya kamu dah banyak belajar lepas kerja dengan Tangning." Quan Ziye melangkah masuk ke dalam pangsapuri Lin Qian dan mula mengamati tempat itu. "Tapi, jangan tiru cara dia berurusan dengan orang lain. Tak ramai orang boleh terima cara itu."

"Presiden Mo boleh terima sepenuhnya." Lin Qian membalas sambil mencerlung.

"Kamu rasa ada berapa ramai Mo Ting dalam dunia ini?" Quan Ziye bertanya sambil berpusing dan menjongketkan kening.

"Saya masih ada acara untuk dihadiri esok. Jadi, saya perlu rehat awal malam ini. Kamu pasti kamu tak nak balik?" Lin Qian kedengaran seperti mahu menghalaunya. Walaupun dia tidak menolak Quan Ziye sepenuhnya, dia pasti tidak berada di tahap dia boleh menerima lelaki itu sepenuhnya.

Quan Ziye merenung Lin Qian beberapa saat dan tiba-tiba berkata dengan nada serius, "Saya akan uruskan mak saya, okey?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag