Selepas meletakkan telefonnya, Tangning kembali memilih pakaian dua orang anaknya. Namun, tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada Lu Che. "Puan, Quan Ziye nak jumpa Puan."
"Dia? Saya tak ada kaitan dengan dia."
"Dia nak cakap pasal Lin Qian." Lu Che menjelaskan. "Presiden cakap dia ada di sini untuk minta tolong. Kalau Puan tak nak jumpa dia, tak apa."
Tangning dapat mengesan rasa cemburu dalam kata-kata Presiden Mo. Jadi, dia tersenyum. "Saya akan ke pejabat sekarang."
Walaupun dia tidak kisah apa yang berlaku pada Quan Ziye, hal ini juga melibatkan Lin Qian. Jadi, dia akan mendengar apa yang mahu dikatakan Quan Ziye. Apa-apa pun, dia kini mempunyai kerjasama dengan Lin Qian. Tetapi, selepas bersama-sama untuk jangka masa yang singkat, dia sudah sedar akan baran Lin Qian dan tahu dia bukan jenis yang akan mengalah pada sesiapa. Dia sangat degil. Jadi, tidak mungkin Quan Ziye boleh merobohkan benteng yang dibina Lin Qian.