Selepas mendengar apa yang berlaku, Long Jie berjalan melepasi dua orang wanita itu dan memandang sekilas pada Xing Lan yang bersandar di dinding. Selain daripada mukanya yang pucat, ada juga titisan darah di tubuhnya.
"Pergi periksa kecederaan Xing Lan." Long Jie segera berkata kepada Lin Qian.
Lin Qian mengangguk sebelum bergerak pergi daripada muka pintu dan berjalan melepasi dua orang wanita bongkak itu ke sisi Xing Lan.
"Long Jie, kan? Gembira bertemu…" Sebelum Li Can selesai bercakap, Long Jie melangkah dan menampar mukanya. Pengurus Li Can segera mara ke hadapan untuk melindunginya, tetapi Long Jie menuding pada wanita itu dan memberi amaran, "Kalau kamu berani sentuh saya, saya akan buat kamu terus hilang daripada industri hiburan."
Kata-kata begini asalnya agak mengarut, tetapi apabila ia datang daripada Long Jie, mereka tiba-tiba kedengaran sangat menakutkan.