"Malah, dia turut beli hak ke atas filem itu sebab dia percaya filem itu ada potensi nak jadi klasik."
"Dia sangat bertimbang rasa." Tangning mengeluh. "Beritahu dia saya akan kembali ke set lepas sidang media ini selesai."
"Okey."
Selepas Lin Qian bercakap, dia mahu meninggalkan pejabat Mo Ting. Tetapi, Lu Che tiba-tiba mengetuk pintu dan berkata kepada Mo Ting. "Presiden, Quan Ziye muncul di Hai Rui minta nak tandatangan kontrak pengurusan."
Selepas mendengar hal ini, Tangning memandang sekilas pada Lin Qian. "Saya takut dia ke sini sebab motif lain."
"Ini tak ada kaitan dengan saya." Lin Qian membalas.
"Ting… apa pendapat Ting?"Tangning berpusing untuk bertanya Mo Ting.
"Mari ambil dia." Mo Ting menjangkakan berita Quan Ziye menyertai Hai Rui akan membantu untuk mengalihkan sedikit perhatian daripada Tangning.