Walaupun cuaca itu tidak begitu panas, Tangning dapat merasakan tubuh Mo Ting dibasahi peluh dingin.
Suaminya ketakutan.
Di hadapan semua orang, betapa berani dan kejamnya dia? Dia tidak pernah takut pada sesiapa. Tetapi, pada ketika ini, dia benar-benar takut.
"Saya tak apa. Saya betul-betul tak apa-apa." Tangning melupakan ketakutannya. Ketika ini, keutamaannya ialah memujuk lelaki ini kerana dia tidak sanggup melihat Mo Ting dalam keadaan begitu risau.
Namun, Mo Ting terus memeluknya dan tidak mahu melepaskannya. Hanya selepas beberapa ketika, apabila lengan Tangning mula berasa kebas, barulah dia melepaskannya.
"Jom pergi jenguk Lin Qian dan Xu Xin."
Tangning mahu memastikan jika dua orang wanita itu cedera teruk, tetapi Mo Ting menghalangnya. "Lu Che dah pergi periksa."
Namun, Xu Xin akan merana selepas ini…
...
Keesokan paginya, di dalam Rumah Keluarga Quan.