Walaupun si adik yang dilakonkan Xu Xin diselamatkan watak gila Tangning selepas tiba di pulau itu, dia sangat behaga-jaga dengan Tangning. Terutamanya apabila dua wanita itu mendirikan khemah dalam lalang tebal. Dalam babak itu, watak Tangning tertidur sambil bersandar di pokok dan si adik itu cuba membuat dia pengsan dan melarikan diri.
Namun, Xu Xin memainkan babak ini beberapa kali. Memandangkan ia melibatkan psikologi, kebanyakan babak itu dirakam dari jarak dekat. Babak Tangning dipukul asalnya babak seterusnya, tetapi Tangning memberitahu pengarah dia boleh melakonkan kedua-dua babak sekaligus.
"Baik, Tangning boleh cuba dua-dua." Pengarah itu berkata.
Selepas mendengar kata-kata pengarah, air muka Xu Xin berubah.
Dia tidak pasti jika Tangning akan mengambil peluang membalas dendam padanya.
Jadi, dia berkata kepada pengarah, "Pengarah, Tangning akan cederakan saya!"