Keesokan paginya, sebaik sahaja Han Yufan dan Mo Yurou memasuki pejabat itu, mereka dijamu dengan satu timbunan hadiah di atas meja Han Yufan. Mo Yurou memandang di sekelilingnya dan sedar dia terlupa akan hari lahir Han Yufan.
Sebelum ini, untuk hari lahirnya, Mo Yurou sentiasa merancang sesuatu yang istimewa untuk berpaut pada Han Yufan supaya Tangning perlu menunggu seperti orang bodoh. Namun, masa sudah berubah. Selepas melalui kenikmatan berlaku curang, Mo Yurou sedar dia tidak lagi boleh berpatah balik.
"Yufan, saya tidak begitu sihat beberapa hari lepas. Jadi, saya tidak menyediakan hadiah untuk kamu." Mo Yurou berkata sambil memaut bahu Han Yufan dan membuat bulatan pada dada lelaki itu dengan jemarinya yang runcing. Dia tahu ini kelemahan Han Yufan.
Sepeerti yang dijangkakan, Han Yufan menarik tangan kanannya dan membalas dengan penuh kemaafan, "Saya tahu, kehamilan sangat sukar bagi kamu. Tapi malam ini, kamu perlu menebusnya."