Majoriti orang ramai sudah menjadi pasif terhadap 'Gundik Ahli Forensik'.
Selepas penggambaran tertutup dan keengganan jangka masa lama untuk mendedahkan watak lelaki utamanya serta propaganda daripada 'Gundik Ning', 'Gundik Ahli Forensik' kini hanya dilihat sebagai drama yang menghadapi penamat pramatang dan dianggap pembaziran mahakarya Tang Xiao.
"Sekarang bila keadaan dah sampai di tahap ini, saya tak rasa mereka ada peluang untuk kemunculan kembali." Pembantu Bai Yu bersorak selepas dia membandingkan tahap penantian dua drama itu. "Kak Yu, drama kita akan mula disiarkan. Saya pasti, dengan tahap tarikan Kak Yu, keputusannya akan jadi hebat. Duduk dan tengok saja rating itu mencanak naik."
"Benda begini bergantung pada nasib. Nasib baik saya selalu bertuah dalam hal ini." Bai Yu berkata kepada pembantunya semasa dia menyalin pakaian di dalam bilik persalinan.