Tiba-tiba, Tangning membuat kemunculan kembali dan sekali lagi Bai Yu ditindas di bawahnya.
Ini semua kerana orang mula menyedari mereka tersilap membandingkan Tangning dan Bai Yu, menyangkakan wanita itu sama. Tangning mempunyai personaliti yang begitu unik. Mana mungkin Bai Yu boleh bersaing?
Tepat sekali. Tangning unik dan berdikari. Dia tidak cuba mengampu semua orang yang dia temui.
Tangning sentiasa begitu. Dia baik dengan sesiapa sahaja yang baik dengannya.
Jika dibandingkan, walaupun Bai Yu jenis yang tersenyum pada semua orang dan kelihatan mudah didekati, dia sebenarnya agak menakutkan. Kerana, terlalu sukar untuk mengagak jika dia menikam orang dari belakang atau mengenakan tipu muslihat pada mereka bila-bila masa sahaja. Paling penting, orang yang cuba menyenangkan semua orang juga orang yang sangat berkira-kira. Mereka tidak akan pernah melayan seseorang dengan ikhlas kerana di dalam hati mereka, semua orang sama.