Apa yang dikata oleh Han Ruoxue sememangnya benar. Sepanjang masa dia cuba memerangkap Tangning, orang yang paling banyak menerima faedah adalah Tangning, diikuti dengan Syarikat Hiburan Hai Rui.
Selepas disebut oleh Hai Rui, kemahsyuran Tangning meningkat mendadak manakala peminatnya bertambah ramai. Pada masa yang sama, Hai Rui pula mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri, membunuh TIGA ekor burung dengan satu batu.
Malam melabuhkan tirainya. Tangning pulang ke rumah dan terlihat Lu Che berjalan mundar mandir di luar pintu hadapan. Dia berpusing pada lelaki itu dengan penuh persoalan. "Lu Che, kenapa kamu tidak masuk ke dalam?"
"Puan, Puan sudah balik." Melihatkan Tangning, Lu Che seakan-akan terlihat penyelematnya dengan matanya yang bercahaya.
"Apa yang tak kena?"
"Mood Presiden tidak begitu baik hari ini."