Han Rouxue menantikan Tangning dijatuhkan oleh Hai Rui kerana dia tahu bagaimana berkuasanya syarikat itu. Namun, dia benar-benar terlupa mengenai lelaki yang berdiri megah di puncak industri hiburan itu. Memandangkan dia mempunyai begitu banyak kuasa, mana mungkin dia digunakan dengan begitu mudah?
Padahal, kenyataan yang Mo Ting sendiri membenarkan gambar itu diambil bermaksud dia menerima apa yang akan berlaku. Meskipun jika itu bermaksud untuk mencetuskan kekecohan.
Tetapi, Han Ruoxue tidak sedar akan hal ini dan bertegas untuk memerangkap Tangning. Sejujurnya, mungkin peluang ini sengaja diberikan oleh Mo Ting kepada Han Ruoxue supaya dia boleh berurusan dengan wanita itu sendiri.
Lagi pun, halangan yang diberikan untuk Tangning oleh Han Ruoxue diaturkan di Tianyi. Jika Mo Ting mahu berurusan dengan Han Ruoxue, dia perlu menggunakan namanya sendiri.