"Tak ada tapi. Tak ada apa yang terlalu susah untuk Tangning yang saya kenal. Kalau dia tak pernah belajar berlakon sebelum ini pun, sepatah kata daripada saya dah cukup untuk buat dia mula dari awal. Sekarang, tak ada bezanya. Kamu cuma gelabah sikit saja…" Mo Ting memujuk. "Saya dah baca semua skrip Orang Tua Wu. Gaya penulisan seseorang kekal konsisten. Jadi, satu-satunya harapan kita ialah dalam 540, 000 karakter ini."
Selepas mendengar cakap Mo Ting, Tangning bertenang dan akhirnya menganggukkan kepala. "Okey. Saya akan dengar cakap Abang. Abang tak pernah salah."
"Kamu mesti penat. Pergi rehat…"
Tangning memandang Mo Ting, memeriksa jika ada peluang untuk dia mengelak daripada mematuhi arahannya. Tetapi, air muka Mo Ting tegas. Jadi, Tangning tiada pilihan selain daripada menganggukkan kepalanya. "Okey. Saya akan rehat. Tapi, saya perlu duduk di tepi Abang supaya saya tenang."