Apabila Huo Jingjing mengetahui hal sebenar, dia merasakan semuanya telah berubah. Ketika serangan anjing itu, dia hanya mahu melindungi Xiao Yue. Jadi, dia dipenuhi dengan keberanian dan tidak mempunyai masa untuk berasa panik atau takut.
Paling penting, dia tidak pernah mempertimbangkan ada muslihat kotor begini di sebalik seluruh kejadian itu,. Jika dia tahu sekalipun, dia tidak akan menjadi seperti Tangning; memerhatikan musuhnya secara sembunyi begitu lama, hanya untuk membalas dendam.
Adakalanya, dia mengagumi kesabaran dan niat Tangning. Bagi Tangning, industri ini tempat di mana orang saling memijak-mijak. Jika seseorang tidak menetapkan peraturan dan menjelaskan penderitaan mereka, pasti ada orang lain memijak bahu mereka untuk menaikkan diri sendiri, hingga satu hari, mayat mereka ditemui terbaring di luar tanpa mereka sendiri mengetahui apa yang sudah berlaku.