Mungkin kerana kata-kata wanita itu terlalu kasar dan menyakitkan, Duan Jinghong tiba-tiba melangkah ke hadapan dan menarik Song Xin pergi.
"Cukup. Kamu tak ada hak nak adili apa artis saya buat."
Song Xin berasa seolah-olah dia sudah menanggung aib besar. Dia sangat marah sehingga dia mahu menggali lubang untuk menyorok. Tapi, bagaimana keadaan Tangning pada saat ini? Riaknya acuh tidak acuh, langsung tidak mengendahkan kewujudan Song Xin.
"Kalau bukan sebab kamu nampak artis kamu cuba susahkan keadaan untuk perempuan hamil, kenapa kami nak sibuk-sibuk adili dia?"
"Kamu…"
Song Xin tidak mahu Duan Jinghong dimalukan sama. Jadi, dia hanya mencerlung pada Tangning dan berkata dengan suara terketar-ketar, "Cukuplah."
Mendengarkan ini, Tangning menepuk bahu wanita yang membantunya dan berkata, "Terima kasih untuk bantuan kamu. Saya tak apa-apa. Kamu tak perlu bimbang. Di tempat seperti ini, mereka tak boleh buat apa-apa pada saya."