"Bagaimana kamu menguruskan hal ini?" Han Ruoxue bertanya. Dia sudah menerima tamparan besar dan apa yang mampu dilakukannya sekarang hanyalah berjalan dengan penuh malu. Dia benar-benar mahu mencari sebuah lubang untuk menyorokkan dirinya.
Han Yufan memandang Tangning. Matanya kelihatan bimbang. "Dia pasti sudah tahu yang kita telah mengoyakkan jemputannya. Jadi, tidak kiralah bagaimana bagus pun persediaan kita, niat sebenarnya tersorok dengan sangat baik sementara dia memerhatikan setiap gerak geri kita."
"Macam lah dia sepandai itu." Han Ruoxue terus menerus menyalahkan semuanya pada pengurusan Han Yufan yang teruk. "Tunggu dan lihat sahajalah. Memandangkan kita tidak berjaya menghalang dia hari ini, ia akan menjadi semakin sukar untuk menghentikan dia di masa hadapan."