Walaupun serangan Huo Jingjing sudah disahkan sebagai kemalangan, Tangning masih mempunyai banyak soalan.
Soalan tentang Song Xin yang muncul entah dari mana dan soalan tentang kejadian tiba-tiba ini.
Tangning sudah meneliti maklumat Song Xin. Tetapi, menggelarkan dia muncul entah dari mana sebenarnya satu kenyataan yang tidak adil. Tangning sebelum ini tidak tahu tentang Song Xin kerana dia tidak perasan akan wanita itu.
Lagipun, separuh daripada lagu terkenal yang kini berada di carta Jepun dan Korea datang daripada tangannya kerana dia penulis lirik yang sangat bagus.
Identitinya sebagai penulis skrip pula, lebih mengagumkan. Dia sebenarnya bermula sebagai penulis terkenal, tetapi kemudiannya dijemput membantu menulis adaptasi skrip untuk drama TV dan filem. Di masa sekarang, dia sudah pun dikenali sebagai satu bakat dalam industri itu.
Dengarnya, suara nyanyiannya juga boleh tahan.