"Okey, Puan Mo."
Mo Ting sudah ke Hai Rui. Jadi, Tangning seorang diri di rumah. Jika dia menjemput wanita ini masuk ke rumahnya dan dia rupa-rupanya berniat jahat, pasti sukar untuk Tangning menguruskannya sendirian. Jadi, Tangning mengaturkan untuk bertemu dengannya di taman estet itu.
Pada waktu begini, Tangning tidak wajib menolong. Tetapi, dia bukannya orang yang angkuh.
Jika orang biasa meminta tolong pun tidak akan terus ditolak Tangning, apatah lagi orang yang mengenali An Zihao.
Tangning hanya kejam dengan musuhnya. Dia tidak akan mengacukan keris pada mereka yang tidak bersalah.
Tidak lama kemudian, wanita tua itu dibawa ke taman di tengah-tengah estet itu. Sejurus kemudian, Tangning juga tiba di taman itu, mengenakan sepasang jaket. Sebaik sahaja dua wanita itu bertemu, Tangning memandang keliru pada wanita tua tersebut. Sudah tentu, dengan jarak begini dekat, mustahil Tangning tidak perasan ada sesuatu yang tidak kena.