"Saya pun tak pernah jadi orang yang dengar cakap juga."
"Tapi, penampilan saya dah lebih gandakan masalah yang dah wujud. Mereka nak gunakan apa saja kaedah yang boleh singkirkan saya dari sisi Abang dan kejutkan Abang." Bibir Tangning terukir naik sedikit ketika dia tunduk memandang perutnya dan menggelengkan kepala. "Cumanya, cara mereka tak hebat mana. Saya ingat saya seorang saja yang korbankan diri saya untuk musnahkan musuh."
Selepas bercakap, pasangan itu kekal diam seketika sebelum Tangning menambah, "Sekurang-kurangnya, dengan Tang Xuan, ia soal kepentingan. Tapi, perlu ke ibu bapa Abang bertindak melakukan apa saja yang mereka nak hanya untuk melawan?"
"Tak kira betapa besarnya masalah mereka dengan saya dan tak kira berapa banyak mereka tak nak tengok saya, tak perlu fitnah menantu dan cucu mereka, kan?"
"Maaf." Mo Ting memeluk erat Tangning. "Keluarga Mo dah beri kamu cukup masalah."