Mo Ting mendapat tahu melalui Lu Che yang Tangning dijemput mengambil bahagian dalam 'Gundik Ning'. Sudah tentu, sebaik sahaja dia memandang skrip itu…
… tidak… sebetulnya, sebaik sahaja dia melihat nama drama itu, dia sudah tahu Tangning akan menyukainya.
Terutamanya kerana cerita itu ditulis dengan sangat bagus dan penerbitan itu berskala besar. Paling penting, drama ini akan dikeluarkan agensi filem dan televisyen negara.
Bagi Tangning, ini bentuk pengiktirafan yang hebat. Orang seperti Lin Sheng pun tidak pernah menerima peluang begini.
"'Gundik Ning'… agak menarik." Mo Ting membelek skrip dan ternampak pengenalan ringkas untuk karakter Tangning. Dia penjahat sejati – begitu jahat hingga orang mengetap gigi apabila melihatnya.
Sudah tentu, dengan sokongan sangat hebat, barisan pelakon 'Gundik Ning' pasti akan melibatkan ramai pelakon. Untuk gundik sahaja melibatkan sedozen lebih orang. Jadi, *harem dalam drama itu sudah cukup rumit.