Chapter 608 - Penjahat

Hua Wenfeng terkaku di tempatnya, tidak lagi menentang Mo Ting.

Dia tahu, ketika ini, tidak kira apa yang akan dicakapkannya, itu hanya akan membuatkan Mo Ting dan Tangning lebih membencinya.

Jadi, selepas mencerlung mata Mo Ting, Hua Wenfeng mengaku kalah. Sambil menahan marah, dia berpusing dan kembali ke bilik tidurnya.

"Ada banyak soalan saya nak tanya pasal Mak." Tangning berkata sambil berpusing sedikit untuk memandang Mo Ting. "Secara logiknya, dia daripada Keluarga Bei. Jadi, kenapa nama keluarga dia bukan Bei? Dan kenapa dia sangat bencikan pelakon?"

"Kalau dia bencikan pelakon sangat-sangat, macam mana dia bertolak ansur dengan Bei Chendong, Atuk dan seluruh Hai Rui?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS