Jadi, ketika Tangning akhirnya tahu tentang tarikh dan masa uji bakat, pendaftaran sudah pun berakhir.
"Pendaftaran dah tutup. Kenapa saya tak nampak kamu balas?" Long Jie bertanya selepas tidak mendengar sebarang khabar daripada Tangning.
"Tutup?" Tangning bertanya. "Saya tak terima apa-apa maklumat pasal masa daftar daripada kamu pun."
"Saya ada hantar SMS kepada kamu." Long Jie mengambil tangkapan layar dan menghantarnya kepada Tangning. "Saya beritahu kamu pasal masa itu semalam."
Ketika Tangnig menerima mesejnya, Hua Wenfeng sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Tangning tiba-tiba sedar yang seluruh kejadian ini mungkin bukan mudah…
"Mungkin kerana Bos tak setuju? Memang boleh difahami. Lagipun, kesihatan kamu lebih penting dan kamu akan ada lebih banyak peluang di masa akan datang."