Chapter 602 - Mak Tak Suka Saya?

"Asalnya… jadi pelakon bukan satu masalah." Hua Wenfeng berkata dengan nada penuh pengalaman. "Tapi, Mak tak suka pelakon."

Kata-kata Hua Wenfeng terlalu terus terang dan tegas. Ia hampir kedengaran seperti dia memberitahu Tangning yang dia tidak akan pernah menerima Tangning.

Jika dia bercakap dengan perempuan lain, mereka mungkin cuba memikatnya dengan kata-kata mereka, atau terus membuka pintu dan beredar, menunjukkan rasa tidak senang mereka. Tetapi, bagi Tangning, kata-kata ini tidak mencetuskan banyak respons daripadanya.

Selepas seketika, Tangning akhirnya berkata, "Sejujurnya, saya tak berasa suka doktor dan orang yang terlibat dalam bioteknologi."

Hua Wenfeng tidak sangka Tangning akan melontarkan kembali kata-katanya begitu terus terang. Malah, kata-katanya lebih kuat dan hebat.

Ia seolah-olah Tangning berkata, "Kalau Mak tak suka saya, tak apa. Saya pun tak perlu suka Mak!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag