Chapter 596 - Sama Rata

Doktor itu merasakan keputusan Orang Tua Tang agak aneh. Jarang sekali seorang datuk melayan cucu mereka dengan begitu kejam.

Tetapi, ini keputusan keluarga. Jadi, doktor tidak akan bertanggungjawab. Apa yang mereka perlu lakukan ialah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-dua Tang Xuan dan anaknya.

Tambahan pula, mereka tidak mampu membayangkan seteruk mana hubungan antara mereka berdua hingga seorang datuk membuat keputusan begitu.

Kerana, mereka tidak tahu betapa menyakitkan hatinya seorang Tang Xuan!

...

Selepas setengah jam menunggu dengan resah, Xia Yuling tiba dari Syarikat Tang untuk memeriksa keadaan Tang Xuan. "Dia masih belum keluar?"

Orang Tua Tang duduk berfikir tanpa kata. Selepas seketika, dia akhirnya menganggukkan kepala. "Ya, dan dia mungkin tak akan keluar…"

"Ayah…" Xia Yuling memandang Orang Tua Tang penuh tanda tanya. Dia enggan percaya Orang Tua Tang begitu tidak berhati perut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS