Secara langsung di majlis anugerah itu, satu pergaduhan telah mengambil tempat dan satu persembahan sudah ditayangkan. Seluruh majlis Anugerah Fei Tian boleh dikatakan seperti pertemuan temu mesra untuk Tangning dan ke mana sahaja seseorang pergi, mereka akan terdengar namanya.
Kemudian, selepas Anugerah Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik diumumkan, Gu Xingyun sengaja mengusik dua orang pemenang itu. "Kamu rasa sedih tak Tangning dah curi perhatian malam ini?"
"Tak!" Pelakon Wanita Terbaik itu ketawa. "Saya kagum dengan keberanian dia. Dia mampu cakap apa yang kami semua fikirkan tapi tak berani nak cakap."
"Jadi, saya sokong dia!"
Sementara itu, Pelakon Lelaki Terbaik turut ketawa. "Saya teringin nak beri trofi saya kepada dia. Tapi, saya tahu dia mampu menang sendiri."