Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 550 - Ye Lan Tak Boleh Diuruskan?

Chapter 550 - Ye Lan Tak Boleh Diuruskan?

Kalau ini zaman dahulu, watak Bapa Xu pasti menjadikan dia pahlawan hebat.

Dia bengis dan panas baran. Dan, walaupun dengan anak sendiri, dia tidak menunjukkan belas kasihan. Dia hanya mendengar cakap dan patuh pada Ye Lan sahaja.

Melihatkan keadaan itu, Ye Lan pasti tewas dalam pertarungan ini.

Lagipun, bagi Bapa Xu, dia langsung tidak berharga.

Wajah Xu Qingyan bertukar pucat ketika tangannya menggeletar. "Kalau bukan sebab saya bimbangkan perempuan ini seleweng semua harta Ayah, dah lama saya tinggalkan rumah ini."

"Oh, kamu bimbangkan saya? Atau bimbang pasal harta warisan kamu? Xu Qingyan, biar saya beritahu, saya bina Syarikat Xu dengan tangan saya sendiri. Saya boleh beri syarikat itu kepada sesiapa saja yang saya nak. Kalau saya derma seluruh syarikat kepada badan kebajikan sekalipun, kamu hanya boleh tengok dari tepi saja." Bapa Xu berkata dengan gaya tidak berhati perut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS