Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 548 - Saya Tak Rasa Kamu di Tahap Boleh Buat Begitu

Chapter 548 - Saya Tak Rasa Kamu di Tahap Boleh Buat Begitu

Lebih daripada 50?!

Tang Jingxuan terkaku kerana terkejut. Walaupun dia sudah menjangkakan Xu Qingyan cedera agak teruk, dia tidak menjangkakannya seteruk begini.

Lebih daripada 50! Sekejam mana seorang ayah untuk melayan anaknya sendiri begini?

"Walaupun ini hanya kecederaan luaran, tubuh kita hanya dibuat dengan darah dan daging…"

"Doktor, boleh kamu berikan dia sedikit ubat?" Tang Jingxuan faham yang doktor itu terkejut. Lagipun, jika dia seorang anak kecil, ia masuk akal. Tetapi, dia sudah besar. Adakah dia tidak tahu membalas apabila dipukul?

Namun, walaupun orang lain tidak faham, Tang Jingxuan cukup sedar yang Xu Qingyan tiada pilihan lain.

Sebab itu dia menyampuk.

Doktor itu menarik nafas dalam dan menganggukkan kepalanya. "Pesakit ini perlu berehat dulu."

Sepanjang masa ini, Xu Qingyan sama ada melihat ke tempat lain atau berpura-pura bermain dengan rambutnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS