"Jingxuan, kamu memang prihatin."
"Masuklah, Si Manis." Tang Jingxuan tersenyum lenbut. Selepas memastikan Xu Qingyan duduk elok, dia berjalan ke arah tempat duduk pemandu.
Ketika Ye Lan menyaksikan kejadian ini, api menyala marak di dalam dirinya. Walaupun dia sudah mengahwini hartawan dan menindas Xu Qingyan bertahun lamanya, Bapa Xu masih seorang lelaki tua dan ada banyak benda yang tidak boleh dilakukannya. Contohnya, tidak mungkin dia boleh memberi kemesraan dan layanan romantik yang diberikan lelaki biasa.
Jadi, ketika dia memerhatikan Tang Jingxuan melayan Xu Qingyan dengan prihatin, dia begitu teringin mengejar mereka dan mengoyakkan muka cantik Xu Qingyan…
...
"Haha, ini kali pertama saya tengok Ye Lan dengan reaksi itu. Puas hati betul!" Dalam kereta sports itu, setiap kali Xu Qingyang teringat air muka Ye Lan, dia akan bersorak teruja dengan nada puas hati.
"Kamu sakit?" Tang Jingxuan tiba-tiba bertanya.