Ye Lan sudah disingkirkan!
Walaupun Ye Lan sudah tahu tentang keputusannya, tiada apa-apa yang mampu dilakukannya. Mustahil untuk dia merasuah juri. Jadi, apa yang mampu dilakukannya hanyalah memfitnah Tangning untuk mencetuskan kebencian terhadapnya. Tetapi, akhirnya, dia kalah dengan Tangning dengan satu undian.
Malam itu, Ye Lan duduk di rumah bersama suaminya, merajuk. "Abang, saya tak boleh terima keputusan ini. Saya dah jadi watak wanita utama dalam lima filem dan bukan senang saya nak dapat peluang ini. Mana mungkin Tangning boleh tandingi saya bila dia hanya pernah berlakon dua filem?"
"Apa-apa pun, Tangning rakan perniagaan kita. Kamu tak patut kisah sangat."
"Dia rakan perniagaan kamu, bukan saya. Lagipun Orang Tua Xu, anak kamu cuba ugut saya sebelum ini. Dia cakap dia nak sebelahi Tangning. Mungkinkah anak kamu boleh pengaruhi keputusan itu dalam sesuatu cara?"