"Cik Tang, fikirkan hal ini elok-elok. Kalau kamu tampar saya, Syarikat Tang akhirnya akan hilang salah satu rakan perniagaan terbesar mereka tahun depan."
Gadis itu merenung tepat pada Tang Xuan. Renungannya tidak goyah ketika dia bersuara tegas.
Di hadapan semua orang, Tang Xuan tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan masalah.
Jika dia menampar gadis itu, bukan sahaja Orang Tua Tang, tetapi, semua mata dalam dewan itu akan menyaksikan setiap pergerakannya…
Tetapi, kalau dia tidak menampar gadis itu, apa akan terjadi pada maruahnya?
Tetapi, ketika semua orang menyangkakan Tang Xuan tidak berani menyentuh pewaris itu, bunyi 'PAK' yang deras bergema menerusi dewan itu… Tang Xuan betul-betul bertindak di hadapan semua orang.