Tangning memberikan bayangan yang Tang Xuan sudah menyusahkan dirinya sendiri dengan memaksa dia berundur daripada industri hiburan.
"Kewujudan saya mesti buat kamu susah nak hidup setiap hari, kan?" Tangning bertanya sambil melangkah lebih dekat arah Tang Xuan. Susuk sempurnanya memberi aura menggerunkan yang menekan Tang Xuan ketika dia merapati sisi telinga Tang Xuan dan berbisik, "Ini baru permulaan…"
"Masa saya tak kisah pasal nak lawan kamu, kamu sibuk kepung saya. Akhirnya, saya tak ada pilihan selain berhenti buat semua kerja saya hanya untuk main dengan kamu supaya tak bazirkan budi baik kamu…"
Selepas bercakap, Tangning berundur beberapa langkah dan menikmati air muka Tang Xuan sebelum bibirnya terukir naik.
Sejak hari dia mengumumkan kemunculan kembalinya, Tangning sudah memberitahu semua orang yang moto hidupnya ialah, dia tidak akan menyerang orang yang tidak menyerangnya dahulu.