"Kenapa saya perlu percayakan kamu?" Tang Xuan tidak mahu memperjudikan nasib. Lelaki ini begitu bahaya hingga dia sudah melibatkan keluarganya dari mula.
"Tolonglah, Xiao Xuan. Jangan cakap kamu tak tahu sekarang ini kamu berada dalam muslihat orang lain? Keluarga Zhong dah hampir muflis. Sebaik saja kamu dapat kawal Syarikat Tang, kamu ingat Keluarga Zhong akan layan kamu dengan baik? Dan…" Lelaki itu tersenyum dengan gaya jahat dan tenang. Di sebalik kaca matanya, ada sepasang mata menawan. "… Keluarga Tang pun tak pandang tinggi pada kamu."
"Kenapa kamu nak tolong saya?" Ini perkara yang paling dicurigai Tang Xuan.
"Sebab saya suka menang!" Selepas bercakap, lelaki itu memperkenalkan dirinya secara rasmi. "Nama saya Lin Shaoyuan. Saya datang daripada latar belakang barang kemas. Isteri saya meninggal setahun yang lalu dan saya ada anak lelaki umur 3 tahun. Kamu nak tahu lebih lagi? Saya orang baru dalam lembaga pengarah Syarikat Tang."