"Cukup. Apa yang boleh saya buat? Xiwen tak akan lepaskan saya atau Luo Xing. Sama ada saya cakap apa-apa atau tak, keputusannya tetap sama. Cik Song, tolong beredar." Xia Jingyi berpusing dan memandang bengis pada Song Yanshu. Fikirannya sudah lama bercelaru.
Maksudnya jelas. Dia tidak boleh menolong.
Sebenarnya, sebelum Song Yanshu tiba, dia sudah pun menjangkakan hasil begini. Tetapi, dia tetap memutuskan untuk mencuba. Dia mahu lihat jika wanita yang pernah disukai Tang Jingxuan akan sekurang-kurangnya memiliki sedikit kesedaran dan keberanian.
Tetapi, selepas mendengar respons Xia Jingyi, Song Yanshu ketawa…
"Memandangkan kamu buat keputusan nak lepaskan Luo Xing, jangan menyesal." Selepas bercakap, Song Yanshu berdiri tegak dan meninggalkan bilik itu.
Xia Jingyi perlahan-lahan membalas renungannya. Ketika ini, dia cuma berasa dirinya diejek.