"Bukan ke di telefon tadi kamu cakap kamu ada berita baik nak kongsi dengan saya?" Xia Jingyi bertanya ketika dia menarik perhatian Tang Jingxuan kembali kepadanya.
"Saya nak keluarkan album baru." Tang Jingxuan membalas dengan senyuman.
"Saya dah agak Luo Xing kita akan jadi semakin terkenal."
Tang Jingxuan mencuba sedaya upaya untuk kekal tersenyum, tetapi ketika masa berlalu, dia mendapati lebih sukar untuk dia pendamkan perasaan sebenarnya, Ketika dia hampir tewas, Song Yanshu tiba-tiba muncul di belakangnya dan berkata dengan gaya profesional, "Luo Xing, Naib Presiden Fang nak jumpa kita di pejabat dia."
Tang Jingxuan tiba-tiba berasa dia sudah diselamatkan ketika dia berkata kepada Xia Jingyi, "Saya nak pergi mesyuarat dulu. Saya akan cakap dengan kamu nanti."
"Okey!" Xia Jingyi menganggukkan kepalanya dengan memahami.