"Cakap. Apa yang tak kena?" Lu Che tidak berkata apa-apa. Tetapi, itu tidak bermaksud Mo Ting tidak perasan.
Lu Che sedikit terkejut, tetapi dia mendekati Mo Ting penuh hormat dan menjelaskan, "Saya dah tahu perkara sebenar..."
"Apa dia?"
Selepas beberapa ketika, Lu Che berjaya menjelaskan seluruh cerita kepada Mo Ting. Selain itu, dia turut menambah sedikit andaiannya sendiri. "Saya ada buat siasatan lanjut dan saya dapat tahu Tang Xuan ke hospital sama untuk pemeriksaan dia. Saya andaikan dia ternampak saya di hospital dan dapat tahu yang Puan nak dapatkan pemeriksaan perubatan. Jadi, dia bayar doktor itu untuk mainkan muslihat dia."
"Motif utama dia pula, dia bukan setakat nak sebarkan khabar angin yang Puan tak boleh mengandung buat sementara waktu… dia sebenarnya nak rahim Puan dibuang supaya Puan TAK BOLEH mengandung sampai bila-bila."