"Apa yang tak kena?" Mo Ting perasan air muka Tangning berubah keruh ketika dia meletakkan telefonnya.
"Atuk bawa balik Tang Xuan ke rumah keluarga Tang." Tangning membalas tenang. "Jingxuan cakap nampaknya dia dah berubah jadi baik. Tapi, saya dapat rasa yang dia akan terus buat masalah. Karakter Tang Xuan bukannya berkembang dalam masa semalaman. Jadi, tak mudah untuk dia berubah."
"Mak akan perhatikan dia. Kamu tak perlu bimbang." Mo Ting mengiktiraf kemampuan Xia Yuling sepenuhnya.
Dia mempelajari kewangan sebelum ini. Jadi, Xia Yuling mengambil alih Syarikat Tang dengan cepat dan menguruskannya dengan berkesan. Dalam separuh tahun, prestasi syarikat terus mendaki pada kadar stabil.
"Saya cuma takut Atuk akan dikecewakan lagi." Tangning mengeluh. "Apa-apa pun, saya harap dia beutl-betul dah berubah."