Untuk mempercepatkan proses mencari kebenaran, Lu Che berpura-pura percayakan helah pelaku itu dan pergi mencari doktor tersebut.
"Doktor Lin, Puan dah bertenang dan setuju untuk mulakan rawatan yang kamu cadangkan. Jadi, Presiden Mo suruh saya datang aturkan hal itu dengan kamu."
"Okey. Tumor itu perlu dibuang secepat mungkin. Jadi, penting untuk kami segera tempah dia untuk pembedahan." Doktor itu berkata dengan gaya profesional. Realitinya, Lu Che hampir tidak dapat menahan budi bahasa asasnya kerana jauh di sudut hati, dia betul-betul teringin mencekik doktor tidak bermoral itu hingga mati.
Sebagai doktor, bukan sahaja dia tidak menjalankan tanggungjawabnya menyelamatkan yang nazak dan mengubati yang cedera, dia juga langsung tidak mengendahkan hidup orang lain. Jadi, di mata Lu Che, dia langsung tidak layak menjadi manusia.
Lu Che begitu teringin mahu mengoyakkan topeng doktor itu. Tetapi, memikirkan kebenaran belum lagi ditemui, dia terus bertahan.